Ramai dikalangan kita selalu bermimpikan ular dan menganggap ianya mempunyai petanda buruk akan berlaku. Mengikut pembacaan saya mimpi ular tidak semestinya suatu petanda buruk.
Jika seorang gadis bermimpi dikejar ular mungkin membawa maksud dia akan dipinang dalam masa terdekat manakala bagi lelaki yang dikejar ular pula mungkin menandakan ramai gadis dan wanita minat terhadapnya.
Bagi seorang yang masih bujang bermimpi kekasihnya memegang ular membawa maksud dia akan berkahwin dengan wanita yang berani. Seseorang yang bermimpi kekasihnya dipatuk ular pula mungkin membawa maksud dia akan menghadapi kesusahan pada masa mendatang.
Mereka yang bermimpi ular kapak (ular kecil dan berbisa) membawa maksud suatu perkara tidak baik akan berlaku kepadanya. Jika ular kapak itu berlingkar bermaksud fikirannya pada masa itu bercelaru dan jika ular itu mematuk membawa maksud orang yang disayangi tidak jujur dan mengkhianatinya.
"Peace No War"
Friday, November 12, 2010
Bermimpikan Gigi!!
Jika anda bermimpikan gigi dicabut atau tercabut mungkin memberi maksud anda akan kehilangan salah seorang kawan baik atau sahabat.
Bagi mereka yang bermimpi gigi sebelah bawahnya patah mungkin membawa maksud dia akan mendengar berita sedih daripada keluarga sebelah isteri. Manakala mereka yang bermimpikan gigi sebelah atasnya patah mungkin memberi makna dia akan menerima berita sedih dari keluarga suami.
Mereka yang bermimpi bulu-bulu berus gigi tercabut semasa memberus gigi mungkin memberi suatu petanda yang baik iaitu dia akan berjaya dalam percintaannya dan berakhir dengan perkahwinan yang bahagia bersama orang yang berada. Bukan itu sahaja mereka juga mungkin akan dikurniakan zuriat yang baik-baik.
Bermimpi sakit gigi atau gigi berubah warna mungkin membawa maksud yang kurang elok. Mereka yang bermimpi perkara sedemikian mungkin akan ditimpa sakit yang ringan.

Bermimpikan Haiwan!!!
Anai-anai
Bermimpikan anai-anai membawa maksud anda berkermungkinan akan mecapai kejayaan dalam melakukan sesuatu dengan syarat perkara yang hendak dilakukan mestilah secara bersungguh-sungguh.
Bagi mereka yang hangat bercinta mimpi anai-anai berkemungkinan membawa maksud perhubungan mereka pada masa tersebut sangat bahagia dan jika mendirikan rumahtangga akan sentiasa aman dan damai.
Bagi wanita pula, jika mereka bermimpi anai-anai berkemungkinan mereka akan mendapat zuriat yang ramai pada masa akan datang. Ini memberikan satu tuah kepada mereka.
Jika anda bermimpi melihat anai-anai terbang berkemungkinan dalam masa yang terdekat anda akan ke luar negara atau melancong ke bandar-bandar besar.
Lain pula kisahnya jika anda bermimpi terpijak anai-anai berkemungkinan membawa maksud segala usaha yang anda lakukan akan mengalami kegagalan. Bagaimanapun kegagalan tersebut dapat dielakkan jika kita berhati-hati dalam menjalankan tugas dan rutin harian.
bersambung.......

Thursday, November 11, 2010
Bermimpikan Hantu!!
Semua sudah mengerti apa maknanya hantu. Hantu merupakan makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh manusia. Sesetengah orang mempercayai bahawa hantu merupakan roh jahat yang sentiasa berkeliaran di kawasan-kawasan tertentu.
Jika anda bermimpi berkenaan hantu ianya berkemungkinan membawa maksud terdapat sesuatu kepincangan pada dirinya. Oleh itu seharusnya anda memeriksa diri samaada terdapat sesuatu yang tak elok dan harus perbetulkan segala keburukan atau kepincangan tersebut.
Manakala jika anda bermimpi berlawan dengan hantu membawa maksud nasib anda mungkin baik. Bagi kaki-kaki judi mimpi ini memberi alamat mereka akan menang dalam perjudian.

Salam Perkenalan!!
Rahsia Di Sebalik Mimpi
Setiap orang tidak akan terlepas dari mimpi tidak kisah samada buruk atau baik. Ada dikalangan masyarakat menganggap mimpi itu hanya mainan tidur semata-mata dan ia tidak akan memberi sebarang makna dalam kehidupan seharian. Bagaimanapun, ianya terpulang kepada individu itu sendiri untuk mempercayai mimpinya atau tidak.
Disebabkan ingin mengetahui makna sesuatu mimpi mendorong saya untuk membaca pelbagai bahan bacaan dan mencari makna sesebuah mimpi. Ianya sudah menjadi koleksi peribadi diri saya. Segala pembacaan yang dilakukan hanya sekadar untuk mernghiburkan hati dan mengisi masa lapang.
Di sini saya mengwujudkan blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi segala pembacaan yang saya perolehi tentang rahsia disebalik mimpi dengan rakan-rakan pembaca sekalian.
Jika ingin berkongsi pendapatan atau ingin mengetahui makna sesebuah mimpi boleh tinggalkan komen. InsyaAllah saya akan cuba untuk berkongsi dengan anda semua..
"Peace No War"
Subscribe to:
Comments (Atom)