Friday, November 12, 2010

Bermimpikan Gigi!!

Jika anda bermimpikan gigi dicabut atau tercabut mungkin memberi maksud anda akan kehilangan salah seorang kawan baik atau sahabat.

Bagi mereka yang bermimpi gigi sebelah bawahnya patah mungkin membawa maksud dia akan mendengar berita sedih daripada keluarga sebelah isteri. Manakala mereka yang bermimpikan gigi sebelah atasnya patah mungkin memberi makna dia akan menerima berita sedih dari keluarga suami.

Mereka yang bermimpi bulu-bulu berus gigi tercabut semasa memberus gigi mungkin memberi suatu petanda yang baik iaitu dia akan berjaya dalam percintaannya dan berakhir dengan perkahwinan yang bahagia bersama orang yang berada. Bukan itu sahaja mereka juga mungkin akan dikurniakan zuriat yang baik-baik.

Bermimpi sakit gigi atau gigi berubah warna mungkin membawa maksud yang kurang elok. Mereka yang bermimpi perkara sedemikian mungkin akan ditimpa sakit yang ringan.

"Peace No War"

No comments:

Post a Comment